Powered by Blogger.
KM5, Jln Ranau-Sandakan
W.D.T 40, 89308 Ranau
Tel : 088877014 Faks: 088878672

INFO SEKOLAH

SMAIM     08:13     0


SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU adalah nama baru bagi Madrasah Al-Irsyadiah Marakau. Di mana ianya adalah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Sebelum ini sekolah ini hanya dikenali sebagai Madrasah Al-Irsyadiah Marakau Ranau.

Sekolah ini ditubuhkan di kampung Marakau Ranau, pada tahun 1992 di atas sebidang tanah wakaf atas dasar rasa kesedaran beberapa orang tokoh agama dan akademik daerah Ranau yang merasakan perlunya wujud sebuah institusi Pendidikan Islam untuk meniupkan roh keislaman benteng survival Islam di dalam masyarakat..

Terletak 5 kilometer dari pekan Ranau dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Marakau (2km) Sekolah Menegah Kebangsaan Mat Salleh Ranau. (5km). SMA Al-Irsyadiah marakau adalah sebuah sekolah menengah agama yang menitik beratkan pendidikan agama dan akademik. Sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu Aliran Akademik dan Aliran Agama (silibus Azhari).

Sekolah ini adalah Sekolah Menengah Agama yang menawarkan pengajian tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pelajar di sekolah ini akan mengambil peperiksaan PMR bagi tingkatan 3, SMU bagi tingkatan 4, SPM bagi Tingkatan 5 dan STAM bagi tingkatan 6 . Sekolah ini mempunyai pelajar yang terdiri dari tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 bawah sahaja. Bagi pelajar yang ingin menyambung ke tingkatan 6 atas pelajar-pelajar tersebut bolehlah menyambung ke tingkatan enam atas di mana-mana sekolah agama yang terdapat di Malaysia


Sebelum ini,  sekolah SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU adalah sebuah sekolah Agama Rakyat dan telah diambil alih oleh kerajaan pada tahun 2006 menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sekolah ini telah ditadbir oleh beberapa orang pentadbir yang silih berganti dan di antaranya ialah Ust Ghazali Abu Bakar, Ust Sarnon Jumiran, ust Sahlan Muji, Ust Hj. Ghani bin Hj. Ahmad, Ust Abdul Rahman Halim, Ust Rakibi Othman dan Hj. Abdul Ghani Ahmad,
Ust Kasminin bin Hamzah dan kini Ustzh Hjh Nuridah Amit.

0 comments:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive updates from us.

SEDIA BERTEMPUR

PT3
12 OKTOBER 2015

SIJIL MENENGAH UGAMA [SMU]
20 SEPTEMBER 2015

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA [STAM]
19 OKTOBER 2015

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SPM]
02 NOVEMBER 2015


TINGGALKAN PESAN

Saya suka belajar di sekolah ini

© 2014 SMAIM | Distributed By My Blogger Themes | Designed By BloggerTheme9